BET PPSKTM
MODEL : MICROMERITIC ASAP 2020

INFO BET
Secara umumnya alat ini banyak digunakan dalam bidang pemangkinan, seramik, farmaseutikal, karbon teraktif, cat, dan sebagainya. Kaedah analisis yang digunakan ialah sampel yang telah dimasukkan ke dalam tiub sampel disejukkan pada suhu kriogenik. Kemudian, sampel didedahkan kepada gas nitrogen pada satu siri tekanan yang dikawal dengan tepat. Apabila tekanan gas bertambah, jumlah molekul gas yang terjerap pada permukaan sampel juga meningkat. Tekanan yang digunakan semasa keseimbangan penjerapan dicapai diukur dan kuantiti gas yang terjerap ditentukan menggunakan ' universal gas law ' . Selepas itu, proses penyahjerapan pula akan berlaku apabila tekanan dikurang secara sistematik dan menyebabkan pembebasan molekul-molekul yang terjerap. Jerapan ini dilakukan pada suhu isoterma dan gas yang digunakan adalah gas helium (He), Nitrogen (N2) dan Argon (Ar).
​
Kegunaan Alat :
Penganalisis Jerapan Fizikal digunakan untuk menentukan ukuran luas permukaan luang, purata diameter dan isipadu liang serta keporosan sesuatu bahan melalui penjerapan molekul gas permukaan sampel
​
Keadaan Sampel :
Pepejal ( Kering )
​
Jumlah Sampel Minima :
1gram / sampel
​
Keperluan Khusus Sampel :
Luas permukaan sampel kurang daripada 0.01 hingga lebih daripada 3000 m2g-1
Diameter liang : 0.35 > 300nm ( berdasarkan kepada cecair N2 )
​
Tempoh Analisis :
Liang Meso : sampel/hari
Liang Mikro : Sampel / 3 hari
​
​
